

Chalet, Perabot Taman & Ketukangan Kayu

Tentang Kami
Dengan pengalaman 15 tahun di dalam seni pertukangan kayu, D'Reebu telah menghasilkan pelbagai perabot dan produk taman berasaskan kayu yang berkualiti dengan harga yang kompetitif. Sama ada secara tempahan atau beli-siap, produk keluaran Dreebu menjadi pelengkap bagi menyerlahkan nilai estetika dan keindahan laman, kediaman atau pejabat anda.
​
D'Reebu menampilkan kehebatan kayu tropika sama ada Meranti, Balau atau Cengal yang sangat sesuai untuk iklim dan cuaca tempatan. Kilang pembuatan dimiliki oleh kami sepenuhnya dan semua produk D'Reebu dihasilkan di sini oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman. Kami juga menyediakan khidmat penghantaran dan pemasangan untuk seluruh Semenanjung Malaysia.
Berehatlah bersama keluarga dan jiran-jiran di pondok dan gazebo D'Reebu di halaman rumah anda. Atau tinggal di sebuah chalet D'Reebu di dusun anda pada hujung minggu. Apa sahaja aktiviti dan kegemaran anda, pasti ada produk D'Reebu yang boleh memenuhi citarasa dengan harga yang berpatutan.